SEJARAH


SEJARAH PENUBUHAN PRASEKOLAH S3K

                   Pendidikan Prasekolah SK Kg Kudong telah dimulakan pada tahun 2007. Bangunanprasekolah yang pertama adalah bersifat sementara iaitu menggunakan bilik PKMO. Pembukaan Prasekolah ini bertujuan untuk memperbanyakkan lagi kelas prasekolah di negeriJohor. Ia termasuk dalam program Perluasan Prasekolah di peringkat daerah Segamat.

                  Pada pertengahan tahun 2007 bangunan prasekolah telah siap dibina dan operasi prasekolah telah berpindah ke bangunan baru. Bermula awal tahun 2007 hingga pertengahan tahun 2008, pengurusan prasekolah hanya dikendalikan oleh seorang guru tanpa bantuan PPM. Dengan adanya prasekolah ini, telah membantu anak-anak masyarakat Orang Asli untuk mendapatkan pendidikan awal. Ia telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk Orang Asli.

                Bilangan murid di prasekolah terdiri daripada 25 orang, 15 orang kanak-kanak lelaki dan 10 orang kanak-kanak perempuan. Guru pertama yang mendidik kanak-kanak ini ialah En. Jasni bin Omar dan dibantu oleh PPM pertama ialah Puan Najwa Bt Bujang Kasim yang mula berkhidmat di prasekolah ini pada bulan Jun 2008 yang telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia. Beliau kemudian bertukar ke Negeri Sembilan dan digantikan dengan PPM yang baru iaitu Puan Juliana Bt Mat Nanyan pada bulan Februari 2009. Namun, kemudian bertukar ke daerah Kluang dan digantikan dengan PPM yang baru iaitu Cik Noraini bt Mohd Ropah pada bulan Mei 2010.
               
                Pada pertengahan tahun 2009 sehingga tahun hujung 2011, sesi pembelajaran dilakukan di dalam kabin kerana pembinaan sekolah baru sedang dijalankan. Pada awal tahun 2012, bangunan sekolah baru telah dibuka dan guru prasekolah baru iaitu Cik Noor Hafizah bt Ali telah mendaftar pada 16 Januari 2012 dan mengambil tugas sebagai guru prasekolah baru sehinggalah sekarang.Pada 1 Oktober 2012 sehingga kini Ppm Prasekoalah Nur Izyan binti Abd Halim telah mengantikan Cik Noraini bt Mohd Ropah yang telah bertukar ke Muar.

No comments:

Post a Comment